Dengan Advanced IP Scanner, anda boleh mengimbas ratusan alamat IP secara serentak pada kelajuan tinggi. Perisian ini mengimbas port komputer rangkaian dan mencari HTTP, HTTPS, FTP dan folder kongsi. Imbas rangkaian anda (termasuk rangkaian Wi-Fi) untuk mendapatkan maklumat tentang semua peranti yang bersambung termasuk nama komputer dan alamat MAC.
Integrasi dengan perisian capaian jauh Radmin
Advanced IP Scanner dan perisian kawalan jauh Radmin bersepadu dengan mendalam. IP Scanner membolehkan anda mengimbas rangkaian anda, mencari semua komputer yang menggunakan Radmin Server, dan mencapai mana-mana komputer dengan satu klik. Perisian Radmin Viewer percuma perlu dipasang pada PC anda agar anda boleh mencapai mesin terpencil yang menggunakan Radmin Server. Dengan Radmin, anda boleh mencapai PC terpencil dengan mod Kawalan Penuh, Pemindahan Fail dan Telnet.
Penutupan PC Jauh
Ini menutup mana-mana mesin terpencil atau sekumpulan mesin yang menggunakan sistem operasi Windows. Anda boleh menggunakan hak capaian lalai anda atau memasukkan ID login dan kata laluan untuk penutupan. Ciri ini amat berguna kepada pentadbir sistem kerana membolehkan semua komputer dalam senarai khusus ditutup serentak pada penghujung hari bekerja.
Wake-On-LAN
Anda boleh membangunkan mana-mana mesin atau sekumpulan mesin dari jauh menggunakan Advanced IP Scanner jika kad rangkaian mesin tersebut menyokong ciri "Wake-On-LAN".
Mmeneri arahan kepada komputer terpencil
Terdapat peluang untuk memberikan arahan pantas (ping, tracert, telnet dan SSH) kepada komputer terpilih.
Antara muka yang ringkas dan mesra pengguna
Advanced IP Scanner memaparkan antara muka yang ringkas dan mesra pengguna. Untuk kelompok operasi mudah, ia membenarkan anda menyimpan senarai komputer untuk diimbas dalam senarai Kegemaran. Advanced IP Scanner akan membuka senarai Kegemaran anda secara automatik semasa permulaan. Anda boleh memilih sama ada untuk mengimbas seluruh rangkaian anda atau komputer dalam senarai Kegemaran sahaja.
Komen